JKM Pahang nafi anjur, terlibat sebarang acara 'Gathering, Annual Dinner'

Iklan
Aturacara 'Gathering & Annual Dinner' menggunakan nama dan logo JKM Pahang yang tular melalui hantaran WhatsApp baru-baru ini. Foto FB JKM Pahang

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang menafikan ada menganjurkan atau terlibat dengan sebarang acara 'Gathering & Annual Dinner' yang tular melalui hantaran WhatsApp baru-baru ini.

Unit Perhubungan Awam JKM Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang penggunaan nama, logo dan identiti rasmi jabatan tanpa kebenaran adalah salah dan melanggar undang-undang.

Iklan
Iklan

"Pihak kami memandang serius penyalahgunaan nama jabatan untuk tujuan yang mencurigakan dan berkemungkinan melibatkan unsur penipuan.

"Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap sebarang pihak yang menggunakan nama JKM bagi aktiviti atau acara tanpa pengesahan rasmi," jelas agensi itu melalui kenyataan dimuat naik di Facebook Unit Perhubungan Awam JKM Pahang pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, JKM Pahang meminta orang ramai terus menghubungi pejabat agensi itu melalui talian rasmi untuk mengesahkan sebarang maklumat atau acara berkaitan.

"Kami telah mengambil langkah untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, sila hubungi kami di talian rasmi JKM Negeri Pahang 09-565 0222

"Kerjasama dan perhatian daripada orang ramai amatlah dihargai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," ujarnya.