Piala Itali: Inzaghi tabik Inter Milan

Iklan
Pemain-pemain Inter Milan meraikan jaringan Asllani dalam aksi Pusingan 16 Piala Itali di San Siro. Foto: Agensi

SIMONE Inzaghi memuji kebolehsuaian kesebelasan Inter Milan apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Itali selepas mengatasi cabaran Udinese, 2-0 di Stadium San Siro.

Inzaghi, 48, melakukan sembilan pertukaran terhadap kesebelasan barisan yang membelasah Lazio 6-0 dalam Serie A pada Selasa untuk perlawanan Piala Itali di laman sendiri tersebut.

Iklan
Iklan

Ternyata tindakan pengendali I Nerazzurri itu membuahkan hasil apabila sentuhan separuh masa pertama Marko Arnautovic (m-30) dan Kristjan Asllani (m-47) mengatur pertembungan dengan Lazio di pentas lapan terbaik.

"Ya, jelas sekali ini petanda yang hebat. Satu perlawanan penting iaitu pusingan 16, apabila saya katakan saya mempunyai 25 pemain permulaan, saya bersungguh-sungguh.

Iklan

"Saya membuat pilihan demi kepentingan Inter, mereka sangat baik dalam membaca permainan pada tahap terbaik.

"Pada Selasa, kami menang dengan margin besar, malah terdapat situasi yang sebenarnya kami boleh melakukan yang lebih baik lagi.

Iklan

"Hari ini di San Siro, kami menentang lawan yang hebat dan perubahan yang kami lakukan tidak menunjukkan kesan besar terhadap kemampuan pasukan.

"Sejujurnya, saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang hebat. Ini jelas petanda sangat baik bermula dengan perlawanan ini dan kini kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya,” kata bekas pengendali Lazio tersebut.

PIALA ITALI

SUKU AKHIR

5 Februari

Atalanta lwn Bologna

AC Milan lwn AS Roma

Juventus lwn Empoli

Inter lwn Lazio