MIRI - Seorang pemandu dan kelindan maut di tempat kejadian apabila lori kargo yang mereka naiki merempuh treler yang diparkir di bahu Jalan Pan Borneo-Miri berhampiran Ladang Tiga, Suai, kira-kira 80 kilometer dari sini awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pemandu dikenali sebagai Bonaventure Jimmat, 31, manakala kelindan Keeshen Marks Donald Bujang Nasil, 26, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.