SELARAS dengan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Mardhiyyah Hotel & Suites melalui restorannya, Restoran Cina Tung Yuen menawarkan menu halal sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Cef Restoran Cina Tung Yuen, Patrick Ng berkata, pada tahun ini pihaknya memilih tema masakan tradisional ala kampung untuk sambutan tahun baharu yang bakal disambut pada 29 Januari.
"Yee Sang atau loh sang iaitu acara melambung isi Yee Sang turut disediakan melalui empat pakej iaitu Yee Sang Vegetarian Istimewa, Colorful Jelly Fish Yee Sang, Lucky Salmon Fish Yee Sang dan Prosperity Abalone Yee Sang bermula dengan harga RM52.
"Kami turut menyediakan set Pre Chinese New Year Appreciation bermula 6 Januari hingga 27 Februari, makan malam Tahun Baharu Cina pada 28 Januari dan Chinese New Year Prosperity pada 29 Januari hingga 28 Februari,” jelasnya.
Tambahnya, menu yang ditawarkan termasuk Double Boiled Chicken Soup with Mushroom, Cordyceps Flower and Black Garlic, Thai Mango Shredded Chicken Meat and Roasted Chicken dan Steamed Red Garoupa with Roast Golden Garlic and Abalone Sauce.
Orang ramai yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan awal dan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang www.mardhiyyahhotel.com atau media sosial Mardhiyyah Hotel & Suites.