Bantuan kerajaan, NGO, GLC perlu guna produk tempatan

Iklan
Ameer Ali ketika menjadi panel pada 'Seminar Bangga Buatan Local' sempena 'Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2024 (KBBM)' di sini pada Jumaat.

SUBANG JAYA - Kerajaan perlu mengutamakan barangan tempatan khususnya produk industri kecil dan sederhana (IKS) untuk sebarang pemberian bantuan atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, ia sebagai salah satu usaha sokongan kepada produk tempatan untuk terus berkembang maju dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Beliau memberi contoh, bantuan banjir seperti makanan, barang mandian dan sebagai seharusnya menggunakan produk IKS.

"Saya cadangkan bukan kerajaan sahaja tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menaja barangan tempatan untuk diberi kepada golongan memerlukan menerusi CSR mereka.

Iklan

"Cuba kamu bayangkan, dalam kotak bantuan misalnya 500,000 dipenuhi barangan IKS, berapa banyak boleh bantu peniaga kecil ini.

"Saya rasa bukan kualiti kita persoalkan kerana banyak produk IKS yang bagus. Sekarang mengenai sikap sama ada mahu buat atau tidak dan persepsi sesetengah pihak terhadap barangan ini," katanya ketika menjadi panel pada 'Seminar Bangga Buatan Local' sempena 'Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2024 (KBBM)' di sini pada Jumaat.

Iklan

Turu hadir, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed; Pengarah Urusan The Boom Bevlab Sdn Bhd, Azri Zahier Azmi dan Pengurus Kanan Import dan Eksport Mydin, Norman Rajen Abdullah.

Sebelum ini, Mydin melancarkan inisiatif 'Bangga Buatan Lokal' dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung di Mydin USJ bermula 19 hingga 22 Disember 2024.

Tambah Ameer Ali, sokongan daripada semua pihak sangat penting dalam membantu menaikkan produk IKS.

"Saya ada cadang cara ini kepada kerajaan namun masih tiada perubahan, bukannya kita minta bantuan. Bagi bantuan RM10,000 hingga RM20,000, berapa banyak boleh bagi?

"Jadi kita perlu buat sesuatu, memang ada keperluan 30 peratus yang masuk pasar raya kena barang tempatan tetapi tidak dilakukan secara menyeluruh, jadi di mana lagi produk IKS mahu dijual selain atas talian," ujarnya.