Kerajaan beri subsidi diesel kepada pengusaha feri, bot penumpang dan roro

Iklan
Anthony Loke pada sidang akhbar pada Jumaat.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memberikan subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan Roll On Roll Off (roro) di tujuh pulau utama berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, harga siling diesel bersubsidi kepada pengusaha terbabit ditetapkan pada RM2.50 seliter dengan kadar maksimum subsidi sebanyak 50 sen seliter.

Iklan
Iklan

"Tuntutan pertama boleh dikemukakan oleh pengusaha terlibat sebelum 20 Februari 2025," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Tujuh pulau berkenaan adalah Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Tioman dan Pulau Redang serta Pulau Pinang.

Iklan

Beliau berkata, subsidi ini dijangka memberikan impak yang positif kepada pengusaha feri, bot penumpang dan roro dengan mengurangkan bebanan operasi khususnya melibatkan kos bahan bakar.

"Pemberian subsidi ini adalah sejajar dengan usaha keprihatinan Kerajaan

Iklan

Madani untuk memastikan keberlangsungan dan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam," ujarnya.

Antaranya, pengusaha mesti berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia dan mendapat bekalan diesel daripada syarikat bunker atau skid tank yang disahkan oleh pihak berkuasa.

Pengusaha feri, bot dan roro yang layak perlu mengemukakan permohonan kuota pembelian diesel kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tuntutan subsidi diesel perlu dibuat secara bulanan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) pada setiap bulan.

"Mereka perlu mengemukakan dokumen tuntutan yang disahkan oleh Jabatan Laut ke MoF serta satu salinan kepada Stesen Kastam terdekat untuk proses verifikasi tidak lewat daripada 20 hari bulan bagi bulan berikutnya," katanya.

Tegas Anthony, meskipun pemberian subsidi diesel itu bertujuan untuk meringankan kos operasi pengusaha feri, namun adalah menjadi tanggungjawab para pengusaha untuk memastikan mutu perkhidmatan dan aspek keselamatan feri dipertingkatkan.

"Kita akan pantau aduan orang ramai dan jika didapati mana-mana pengusaha feri di kawasan berkenaan didapati menaikkan kadar tambang, tindakan tegas akan diambil dengan menarik balik subsidi.

"Bukan itu sahaja jika mereka menaikkan kadar tambang itu tanpa persetujuan daripada MOT, lesen mereka boleh ditarik balik," katanya.