Mekanik jentera rugi hampir RM1 juta, terjerat skim pelaburan tak wujud

Iklan
seorang mekanik jentera kerugian hampir RM1 juta selepas diperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook. Gambar hiasan

NILAI - Sekelip mata seorang mekanik jentera kerugian hampir RM1 juta selepas diperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima laporan lelaki berusia 57 tahun itu pada jam 12.06 pagi pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Mangsa menyatakan pada 2 September lalu, telah melihat satu iklan di aplikasi Facebook yang menawarkan skim pelaburan saham bernama AE Online Invest.

"Dia berminat untuk melabur dalam sistem saham tersebut dan telah dihubungi oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil pihak pelaburan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, mangsa kemudian bersetuju untuk membuat pelaburan selepas diterangkan berkenaan skim pelaburan saham terbabit.

"Namun mangsa menyedari telah ditipu selepas diminta untuk membuat bayaran tambahan RM400,000 sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.

Iklan

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut," katanya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menyertai apa-apa pelaburan dan tidak memberikan maklumat bank kepada individu tidak dikenali," katanya.