Sebatan di luar penjara ikut SOP - Zainul Rijal

Iklan
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

SHAH ALAM - Cara perlaksanaan sebatan di luar penjara ada perinciannya di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di luar penjara yang telah dibuat oleh Jabatan Penjara bersama Kementerian Kesihatan.

Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, adalah silap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengatakan sebatan yang akan dilaksanakan itu adalah sebatan di khalayak ramai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sedangkan ia hukuman sebatan di luar penjara.

"Tidak timbul isu hukuman sebat di luar penjara ini melangkaui Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 kerana akta tersebut hanya menghadkan takat hukuman sahaja.

Iklan

"Adapun cara hukuman dilaksanakan terjumlah dalam bidang kuasa negeri mengikut Jadual Kesembilan Senarai Kedua butiran satu iaitu antara lain berkaitan keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah syariah.

"Berdasarkan peruntukan tersebut Dewan undangan Negeri Terengganu telah menggubal Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Terengganu 2001 dimana seksyen 125 Enakmen tersebut menjelaskan pelaksaan hukuman sebatan.

Iklan

"Ia diperincikan lagi oleh SOP yang diwujudkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Suhakam mendakwa hukuman sebatan di tempat awam yang dikenakan terhadap seorang tukang rumah di Terengganu melampaui bidang kuasa undang-undang persekutuan, khususnya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Suhakam berkata, undang-undang tersebut hanya membenarkan hukuman sebat, bukan sebat di tempat awam.

Tambah Zainul Rijal, sebatan yang dilaksanakan mengikut seksyen 125 tersebut amat berbeza daripada yang dilaksanakan menurut perintah mahkamah sivil menyiksa dan mencederakan.

"Perincian sebatan syariah ada dijelaskan dalam seksyen tersebut.

"Oleh itu, dalam memenuhi tuntutan al-Quran ini sebatan yang dilakukan di dalam penjara tidak dapat memenuhi elemen kesaksian.

"Sebab itulah ia harus disaksikan oleh sekumpulan dari orang beriman. Bukan kehendak al-Quran kesaksian dilakukan di khalayak awam," ujarnya.