Lima maut trak sarat bahan kimia langgar beberapa kenderaan di India

Iklan
Kemalangan menyebabkan kebakaran dan api menyambar hampir 40 kenderaan, termasuk lori dan kereta persendirian. Foto sumber NEWS9 Live

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lima orang maut dan lebih 35 yang lain cedera selepas sebuah trak yang membawa bahan kimia melanggar beberapa kenderaan di lebuh raya Jaipur-Ajmer di negeri Rajasthan, barat India pada awal pagi Jumaat, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Kemalangan berhampiran kawasan Bhankrota itu menyebabkan kebakaran dan api menyambar hampir 40 kenderaan, termasuk lori dan kereta persendirian.

Iklan
Iklan

Terdapat beberapa stesen minyak berhampiran lokasi kejadian yang dilaporkan selamat. Pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Kebanyakan mangsa yang cedera dalam keadaan serius dan dikejarkan ke hospital kerajaan di ibu negeri Jaipur. Angka kematian dikhuatiri meningkat.

Iklan

"Sekitar 24-25 orang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan lebih ramai mangsa dijangka mendapatkan rawatan. Ia merupakan kemalangan yang teruk,” kata Pengetua SMS Medical College, Deepak Maheshwari.

Sementara itu, Ketua Menteri, Rajasthan Bhajanlal Sharma yang tiba di hospital tempat mangsa mendapatkan rawatan menyatakan bahawa semua usaha yang mungkin sedang dilakukan untuk melaksanakan kerja menyelamat dan bantuan. - Bernama-Xinhua

Iklan