Mazlan Bujang kekal jawatan Ketua Bahagian Bersatu Tebrau

Iklan
Mazlan

JOHOR BAHRU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dalam saingan sengit tiga penjuru malam tadi.

Dengan jumlah undi 379, Mazlan berjaya menewaskan menewaskan Timbalan Ketua Bahagian Tebrau, Saiful Anuar Yahya yang hanya meraih 87 undi dan Ketua Srikandi Tebrau, Norlehan Ariffin pula mendapat 52 undi.

Iklan
Iklan

Mazlan merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Pada 30 April tahun lalu, Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Mazlan dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Johor dengan mengambil alih tugas yang sebelum itu disandang Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan