Pengusaha feri sambut baik pengumuman berkaitan subsidi diesel

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) menyambut baik pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung pemberian subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan Roll On Roll Off (roro).

Pengurus Besarnya, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, bagaimanapun terdapat isu yang perlu dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT).

Iklan
Iklan

"Ferry Line akan membuat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan MOT dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kerajaan memberikan subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan roro di tujuh pulau utama berkuat kuasa 1 Januari depan.

Iklan

Anthony berkata, harga siling diesel bersubsidi kepada pengusaha terbabit ditetapkan pada RM2.50 seliter dengan kadar maksimum subsidi sebanyak 50 sen seliter.

Tujuh pulau berkenaan adalah Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Tioman dan Pulau Redang serta Pulau Pinang.

Iklan