MTL: 23,394 laporan kemusnahan harta benda, ternakan

Iklan
Mohd Yusoff (dua dari kanan) yang menunjukkan gambar-gambar banjir. Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

KOTA BHARU - Sebanyak 23,394 laporan polis diterima melibatkan kemusnahan harta benda dan ternakan akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, laporan diterima melibatkan kemusnahan dan kerosakan premis termasuk rumah penduduk sebanyak 17,595, kenderaan (3,110), ternakan (1,311) dan pertanian (1,378).

Iklan
Iklan

"Daerah Tumpat merekodkan jumlah kerugian paling tinggi dengan laporan diterima sebanyak 4,925 diikuti Pasir Mas 4,880, Pasir Puteh 4,849, Kota Bharu 4,140 dan Bachok 1,826.

Tengku Muhammad Fakhry (dua dari kiri) tiba di IPK di Kota Bharu pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

"Seterusnya, Machang 1,123, Tanah Merah 905, Kuala Krai 649, Jeli 89 dan Gua Musang lapan laporan diterima,” katanya selepas selepas Majlis Pengurniaan Sumbangan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra kepada Mangsa Banjir PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memberitahu, korban banjir setakat ini kekal lima mangsa melibatkan masing-masing satu di Pasir Puteh dan Tumpat sementara tiga di Machang.

"Di Pasir Puteh mangsa lelaki berusia 35 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik dan kedua kes di Machang membabitkan lelaki berusia 64 tahun lemas ketika mengikat tiang gol elak dihanyut banjir.

Iklan

"Ketiga kes di Tumpat iaitu bayi lelaki setahun ditemukan terapung dalam air dan dua kes di Machang melibatkan warga emas pulang untuk melihat ternakan dalam banjir,” katanya.