BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan

Iklan
Liew Daren

[DIKEMAS KINI] PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) telah menggantung bekas pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN), Jerry Gan selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan.

Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan rasmi pada Jumaat, BWF mengesahkan Daren terbabit dalam aktiviti pertaruhan dari 2018 hingga 2021 dan berusaha menghalang siasatan dengan menyembunyikan maklumat.

Menurut BWF keputusan itu diumumkan oleh Panel Pendengaran Bebas (IHP) selepas mendengar kes pada 15 November lepas.

Iklan

Sementara itu, Jerry mengakui penglibatannya dalam pertaruhan dan kegagalannya melaporkan pembabitan Daren dalam kegiatan tersebut.

"Bukti yang dikemukakan termasuk rekod panggilan telefon, dokumen kewangan dan perbualan yang menunjukkan penglibatan mereka dalam aktiviti haram ini," menurut BWF.

Iklan

Pendengaran kes tersebut diadakan pada 6 hingga 7 Jun, di mana panel mendapati Daren terbabit dalam pertaruhan, mengawal akaun pertaruhan dan menyembunyikan maklumat penting daripada BWF.

Daren juga memilih untuk tidak mengemukakan bukti langsung dalam perbicaraan itu.

Panel turut tidak ragu bahawa Daren telah meletakkan pertaruhan dalam kejohanan badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Bernama