Semak semula maksud kanak-kanak, orang muda boleh bekerja

Iklan
Kerajaan perlu meneliti semula maksud kanak-kanak dan orang muda boleh bekerja di dalam Akta 350 jika mahu RUU pendidikan wajib 11 tahun dilaksanakan. (Gambar kecil: Anuar) Gambar hiasan Foto CANVA

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meneliti semula maksud kanak-kanak dan orang muda boleh bekerja di dalam Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350) jika mahu Rang Undang-Undang (RUU) pendidikan wajib 11 tahun dilaksanakan.

Felo Bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, hal ini kerana menurut akta tersebut, kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dibolehkan bekerja dalam pekerjaan ringan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka dibenarkan bekerja dalam keadaan yang tidak membahayakan kesihatan, keselamatan, atau moral mereka atau dalam perusahaan keluarga, pertanian, atau perniagaan yang dijalankan oleh ibu bapa mereka.

Bagi mereka yang berumur 15 hingga 18 tahun pula boleh bekerja kecuali melakukan kerja yang berbahaya atau berat seperti di lombong atau kilang yang menggunakan bahan berbahaya.

Iklan

"Jika RUU pendidikan wajib 11 tahun dilakukan, maka harus difikirkan juga pindaan kepada maksud ‘boleh bekerja’ untuk kanak-kanak dan orang muda di bawah 18 tahun di dalam akta ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pakar pendidikan itu berkata demikian mengulas laporan media, RUU untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan sehingga peringkat menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari depan.

Iklan

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dasar pendidikan wajib sekolah menengah tersebut dilakukan adalah bagi memastikan tidak berlaku keciciran di peringkat sekolah menengah.

Sementara itu, Anuar berkata, beliau menyokong usaha kerajaan mewajibkan pendidikan menengah kerana kaedah tersebut dilihat mampu mengurangkan keciciran pelajar sekolah di tahap tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan melihat dan menekankan sistem pendidikan awal kanak-kanak kerana ini akan meningkatkan tahap kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M).