Penipuan dalam talian: Pengendali media sosial perlu tingkatkan sekuriti

Iklan
Pengendali platform media sosial perlu meningkatkan sekuriti dengan menetapkan syarat yang ketat untuk pengiklanan bagi mengelakkan kes penipuan dalam talian terus meningkat. Gambar hiasan (Gambar kecil: Choong Fook)

SHAH ALAM - Pengendali platform media sosial perlu meningkatkan sekuriti dengan menetapkan syarat yang ketat untuk pengiklanan bagi mengelakkan kes penipuan dalam talian terus meningkat.

Perunding Keselamatan Siber, Fong Choong Fook berkata, pada masa kini sesiapa sahaja termasuk penipu boleh menyediakan profil dan iklan palsu secara mudah.

Iklan
Iklan

Oleh sebab itu, katanya, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan meneliti kesahihan maklumat atau berita yang diterima supaya tidak terperdaya dengan berita palsu atau jenayah penipuan siber.

"Apa-apa tawaran yang dilihat menarik dan bagus, perlu analisa dahulu, tanya orang sekeliling untuk mendapatkan pengesahan. Misalnya, boleh semak alamat perniagaan penjual dan lihat profil mereka.

Iklan

Sebelum ini, rakyat Malaysia kehilangan RM1.22 bilion dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini akibat penipuan dalam talian dan jenayah siber.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mendedahkan, penipuan itu juga berkembang dengan modus operandi baharu seperti taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Iklan

Nie Ching berkata, sejumlah 274 siaran tajaan di Facebook yang menyamar sebagai ejen Jabatan Peguam Negara (AGC) telah dialih keluar dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, Choong Fook berkata, kerajaan juga perlu mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan pengendali media sosial untuk memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan cepat.

"Apabila ada kerjasama erat saya percaya tindakan dapat dilakukan segera. Bagaimanapun jalan yang terbaik adalah kesedaran individu itu sendiri mengenai trend penipuan dengan memberi lebih perhatian kepada perkara berlaku di sekeliling.

"Selain itu, banyak platform media sosial masih tidak mengambil serius iklan palsu walaupun ramai pengguna melaporkan iklan penipuan palsu kepada mereka,” ujarnya.