Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta

Iklan
Seekor gajah bertindak agresif dengan menghampiri kereta dinaiki Nurl Nasirah sekeluarga. Foto: Tangkap layar TikTok @iyahhhedree_

SHAH ALAM - Tindakan beberapa pemandu yang berpatah balik telah menarik perhatian seekor gajah sehingga menyebabkan ia bertindak agresif.

Seorang pelajar, Nurul Nasirah Edree Sham, 20, berkongsi detik mendebarkan apabila sekumpulan gajah bergerak menuju ke arah kereta yang dipandu bapanya.

Iklan
Iklan

"Kejadian berlaku pada Rabu (18 Disember) ketika saya dan keluarga mahu pulang ke kampung dari Tumpat, Kelantan ke Sungai Petani, Kedah. Ketika itu, melepasi hentian rehat Banjaran Titiwangsa... aliran trafik semakin perlahan.

"Rupa-rupanya ia disebabkan sekumpulan gajah (dianggarkan 15 ekor) yang memenuhi jalan raya. Oleh kerana haiwan itu bergerak secara berkumpulan, ramai pemandu yang berpatah balik.

Iklan

Tambah Nurul Nasirah, dia dan keluarga berada dalam keadaan pasrah jika haiwan liar berkenaan menyerang kenderaan yang dinaiki.

Bagaimanapun, pelajar yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Terengganu itu berkata, gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.

Iklan

"Mujur gajah tak pijak... ia hanya sentuh dengan belalai dan kemudian terus menjauhi kereta. Alhamdulillah ALLAH melindungi kami sekeluarga.

"Kejadian ini tidak akan saya lupakan. Ini kali pertama lihat gajah bergerak dengan jumlah yang besar (15 ekor),” ujarnya.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik, insiden ‘bertemu’ dengan haiwan liar bukanlah kali pertama berlaku sebaliknya acap kali terserempak setiap kali mahu pulang ke kampung.