Pencarian MH370 bersama Ocean Infinity bawa harapan baharu

Iklan
Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.Gambar hiasan (Gambar kanan: Kapal Ocean Infinity yang dilengkapi peralatan robotik canggih. Operasi pencarian baharu MH370 dijangka dimulakan awal tahun 2025.)

KES pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 sehingga pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu masih memberi kesan kepada rakyat di negara ini.

Pesawat membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai kehabisan minyak dan terhempas ke dalam lautan selepas melencong daripada perjalanan Kuala Lumpur ke Beijing.

Iklan
Iklan

Selepas bertahun-tahun, persoalan mengenai keberadaan bangkai pesawat tersebut masih kekal misteri hingga hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pencarian dasar laut itu dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip tiada penemuan, tiada bayaran.

Iklan

Ujar beliau, lokasi yang dicadangkan Ocean Infinity adalah berdasarkan maklumat dan analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar serta penyelidik.

Sememangnya, prinsip yang diambil oleh firma penerokaan dasar laut itu merupakan satu ikrar berani dalam misi mencabar kali ini.

Iklan

Ia kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dalam projek pencarian tersebut termasuk pengumpulan analisis data, teknologi, cabaran geografi, cuaca, logistik dan pengurusan risiko.

Faktor tersebut penting kerana ia mendorong kepada prestasi dan kejayaan operasi pencarian yang akan bermula pada awal tahun ini.

Namun begitu, pastinya keputusan kerajaan dibuat berdasarkan rekod pencapaian dan pengalaman Ocean Infinity daripada operasi-operasi sebelum ini.

Sudah tentu dengan data, kecanggihan teknologi dan tenaga pakar yang disumbangkan dalam misi kali ini dapat merungkai petunjuk baharu sekali gus menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.