Emery mampu tambah 'derita' Guardiola

Iklan
Penjaring terbanyak Villa musim ini, Ollie Watkins (kanan) dijangka mengetuai jentera serangan ketika kelabnya melayan kunjungan City di Villa Park malam ini. - Foto: Agensi

UNAI Emery dijangka mempunyai rancangan untuk berhadapan dengan Manchester City dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun pasukan itu sedang mengalami prestasi buruk, menurut seorang pakar Aston Villa.

The Citizens akan bertandang ke Villa Park malam ini dengan rekod hanya satu kemenangan dalam 11 perlawanan, termasuk kekalahan terbaharu kepada Manchester United akibat dua gol lewat permainan.

Iklan
Iklan

Bercakap secara eksklusif kepada Villa News, Bardell berkata:"Saya masih mempunyai kenangan manis tentang perlawanan musim lalu, itu adalah persembahan kegemaran saya daripada Villa, kami bermain dengan cemerlang. Saya yakin Emery sudah mempunyai rancangan, dia sudah tahu apa yang dia akan lakukan.”

Di pusingan kedua EPL musim lalu, jaringan tunggal Leon Bailey pada minit ke-74 sudah cukup untuk memberikan tiga mata kepada Villa.

Iklan

Ia juga kemenangan pertama The Villans ke atas City daripada 16 perlawanan sejak September 2013.

Walaupun dengan prestasi terkini City tidak konsisten, kehadiran pemain seperti Erling Haaland, Kevin De Bruyne dan bekas pemain Villa, Jack Grealish masih membawa ancaman besar.

Iklan

Emery perlu memastikan semua aspek permainan pasukannya berada pada tahap terbaik jika mereka ingin meraih tiga mata berharga menentang Guardiola, yang berharap pasukannya bersedia untuk kembali ke landasan kemenangan di Villa Park.