Sakit hati dengan mentua punca wanita bunuh adik ipar

Iklan
Suspek (gambar kanan) kini disoal siasat pihak polis. (Gambar kiri) Jenazah adik iparnya dalam perjalanan untuk dikebumikan. Agensi

JAKARTA - Dendam terhadap mentua menjadi motif pembunuhan seorang gadis berusia 13 tahun oleh kakak iparnya, kata polis Palembang.

Pegawai Tinggi Polis Palembang Harryo Sugihhartono berkata, ia berdasarkan pengakuan suspek pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Hasil soal siasat terhadap suspek, dia mengakui bahawa dendam lama terhadap mentua menyebabkan dia bertindak sedemikian (membunuh adik ipar)," katanya kepada wartawan pada Jumaat.

Kejadian berlaku di Jalan Panca Usaha Lorong Wakaf 4, Kelurahan 5 Ulu, Palembang pada Rabu.

Iklan

Mangsa ditemui disorok di belakang almari dalam keadaan tidak bernyawa oleh kakaknya, yang kemudiannya polis datang ke lokasi selepas laporan dibuat.

Dalam pada itu Harryo berkata, suspek kini berdepan hukuman maksimum 20 tahun sekiranya didapati bersalah.

Iklan

Suspek telah diceraikan oleh suaminya. - Agensi