Mampukah Musafa: The Lion King ulangi kejayaan 30 tahun lalu?

Iklan
Hubungan akrab Mufasa dan Taka akhirnya berubah menjadi perseteruan sepanjang hayat.

KEPUTUSAN Disney untuk menghasilkan Mufasa: The Lion King menerima reaksi pelbagai, sementelah studio produksi itu terlebih dahulu sudah 'menghidupkan' The Lion King pada tahun 2019 selepas penghasilan filem animasi epik itu pada tahun 1994.

Bagi penulis filem animasi itu masih kekal ikonik biarpun sudah berusia 30 tahun kerana penonton masih ingat dengan kekuatan jalan cerita, lagu yang mengikat dan disuarakan pelakon hebat pada ketika itu.

Iklan
Iklan

Walaupun ditonton sekarang, watak Raja Rimba itu masih kekal perkasa, tetapi mungkin kita boleh berikan sedikit pengecualian kepada Mufasa: The Lion King.

Kemunculan Pumbaa dan Timon dalam filem kali ini gagal mengulangi aksi gila-gila mereka dalam filem pertama.

Filem ini akan membawa penonton menyelami siapa sebenar Mufasa dan mengapa saudaranya yang dikenali sebagai Scar membencinya dan begitu mendambakan takhta.

Iklan

Karya kali ini yang diarahkan Barry Jenkins mengisahkan bagaimana Kiara (suara Blue Ivy Carter) iaitu anak perempuan Simba (Donald Glover) dan Nala (Beyonce Knowles-Carter) mengetahui perjalanan hidup datuknya, Mufasa (Aaron Pierre) menjadi raja.

Kawasan hijau yang penuh dengan pokok, rumput, bunga dan air jernih menjadikan semua makhluk di situ hidup bahagia serta harmoni.

Iklan

Namun belum sempat tiba ke Miele bersama keluarganya, berlaku satu tragedi menyebabkan Mufasa terpisah daripada ibu dan bapanya.

Rafiki adalah babun setia yang bersama Mufasa sejak kecil.

Mufasa diselamatkan oleh Taka (Kelvin Harrison Jr.) tetapi bapanya, Obasi (Lennie James), tidak mahu menerima kehadiran Mufasa dan menyifatkan dia haiwan liar. Namun Eshe (Thandiwe Newton), ibu Taka, mempunyai pendapat yang berbeza.

Dalam konflik bersama keluarga Taka, mereka diserang sekumpulan singa putih yang akhirnya membuatkan Mufasa dan Taka lari bagi mendapatkan suaka. Perjalanan ini mengubah nasib mereka untuk selama-lamanya.

Pada pandangan penulis, filem ini bukan hanya berkisar mengenai Mufasa semata-mata, sebaliknya mengenai Taka yang pada akhirnya dikenali sebagai Scar.

Kerja teknikal yang kemas membuatkan penonton geram menyaksikan keletah anak singa yang begitu comel.

Mufasa memang mempunyai latar belakang cerita yang menarik dan membuatkan penonton serta-merta berempati, tetapi dari segi perkembangan watak, Taka atau Scar terasa lebih dramatik.

Dari sudut teknikal pula, penulis akan berikan markah penuh untuk hasil kerja yang kemas sehingga membuatkan kita terasa mahu membela seekor anak singa di rumah.

Namun sayangnya, muzik dan adegan muzikal untuk filem ini tidak begitu meninggalkan kesan, begitu juga lawak Pumbaa dan Timon yang gagal mencapai mutu jenaka seperti filem animasi.

Mufasa: The Lion King ditayangkan bermula Khamis.

MUFASA: THE LION KING

PENGARAH: Barry Jenkins

PELAKON: Seth Rogen, Billy Eichner, Kelvin Harrison Jr., Aaron Pierre, John Kani

GENRE: Pengembaraan / Animasi / Drama

DURASI: 1 Jam 58 Minit

KLASIFIKASI: P12

TAYANGAN: 19 Disember 2024

BINTANG: 3.5 / 5