Ahli politik paling tak boleh dipercayai
Iklan
AHLI politik adalah orang yang paling tak boleh dipercayai. Bukan Awang kata, tapi tinjauan yang dibuat oleh firma penyelidikan pasaran Ipsos di 32 buah negara. Sebanyak 23,530 responden ditinjau secara talian.
Awang yakin firma ini ada cara dan kaedah yang mengikut prinsip universal. Sebetulnya Awang tak terperanjat sangat dengan dapatannya. Ahli politik berada pada tingkat teratas dari segi kadar tak boleh dipercayai. Ini diikuti oleh pempengaruh media sosial atau influencer. Jikalau dibandingkan dengan dapatan purata global, taraf tak percaya pada orang politik lebih tinggi lagi, 58 peratus berbanding 41 peratus bagi Malaysia.