'Mereka jugalah sebelum ini sanggup cium kaki penyakau, perasuah' - Anwar

Iklan
Hantaran yang dimuat naik Anwar dalam akaun Facebooknya pada Jumaat.

SHAH ALAM - Kerajaan sehingga kini masih mendukung perjuangan sama iaitu memastikan Malaysia diangkat sebagai negara hebat, bersatu serta menjuarai hak setiap rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu masih kekal sejak dua tahun lalu tanpa meminggirkan identiti asas negara seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu serta hak Melayu dan Bumiputera.

Iklan
Iklan

"Justeru di hadapan teman-teman seperjuangan, saya menyatakan dengan tegas bahawa saya dan Kerajaan Madani tidak pernah meninggalkan perjuangan dan agenda reformasi yang telah kita dukung bersama selama ini.

"Reformasi ini telah bermula dengan memperbetulkan tatakelola bagi melawan rasuah yang sistemik dan tadbir urus lemah.

"Saya mulakan dengan menghapuskan amalan rundingan terus dan pengaruh menteri dalam perolehan kerajaan, reformasi penting namun dipandang enteng pengkritik," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan, terdapat beberapa desakan supaya kerajaan segera melakukan reformasi seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih pintar dan cermat dalam membawa perubahan tanpa mengorbankan kestabilan negara.

Anwar Ibrahim

Iklan

"Namun ada juga suara memualkan daripada segelintir yang kononnya mendakwa kerajaan gagal melaksanakan agenda reformasi dalam tempoh dua tahun ini, sedangkan mereka jugalah yang sebelum ini sanggup mencium kaki penyakau dan perasuah.

"Kerajaan Madani perlu terus kukuh, bersama dan kekal mentadbir untuk merealisasikan agenda reformasi ini, kerana kegagalan bererti negara ini akan kembali di bawah pemerintahan pelampau agama dan perkauman," ujarnya.