Jual tanah, rumah biayai kos guaman RM1.3 juta - Keluarga penyanyi wanita popular Kelantan

Iklan
Penyanyi wanita popular ini antara enam individu yang ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok.

KOTA BHARU - Keluarga kepada penyanyi wanita popular Kelantan yang kini ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand memaklumkan pihaknya mungkin akan menjual tanah dan rumah untuk menanggung kos guaman yang dipercayai mencecah sehingga RM1.3 juta (10 juta baht).

Ahli keluarga terdekat berkata, mereka tidak mampu untuk membayar jumlah tersebut sebagaimana diminta oleh peguam di sana yang dikatakan ingin menawarkan khidmat guaman kepada penyanyi wanita terbabit.

Iklan
Iklan

"Kami bukan keluarga senang, jumlah itu terlalu tinggi. Cuma kalau perlu kami terpaksa menjual tanah, rumah sebab ini sahaja yang ada.

"Sekarang ini kami hanya mampu berdoa semoga kes ini dipermudahkan dan selesai dengan baik," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita popular di negeri ini antara enam individu yang dipercayai ditahan Polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok.

Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Iklan

Susulan penahanan itu, kesemua suspek yang ditahan polis Thailand semalam bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Enam suspek itu kini ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan.