1,643 individu maut di laut sejak 2006

Iklan
Masyarakat diingatkan meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan ini.

SHAH ALAM - Seramai 1,643 mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam pelbagai kes melibatkan insiden di perairan negara menerusi statistik yang direkodkan sejak 2006 lalu sehingga 20 Disember ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, angka itu dicatatkan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 3,275 kes dengan 16,420 mangsa terlibat insiden di laut telah direkodkan.

"Daripada jumlah mangsa tersebut, 1,643 mangsa telah dilaporkan meninggal dunia dan 777 mangsa masih diklasifikasikan sebagai hilang.

Iklan

"Statistik tahun ini merekodkan sebanyak 216 kes melibatkan 1,253 mangsa, daripada jumlah tersebut, 62 orang dilaporkan meninggal dunia dan 26 orang dikategorikan hilang," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, masyarakat diingatkan meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan ini.

Iklan

"Mereka yang ingin melakukan aktiviti di laut diingatkan sentiasa memakai jaket keselamatan selain memastikan bot yang dinaiki berada dalam keadaan selamat.

"Peringatan ini penting memandangkan cuaca yang tidak menentu pada penghujung tahun akibat Monsun Timur Laut," katanya.

Menurutnya, semua pengendali bot penumpang perlu memastikan bot dalam keadaan baik serta menyediakan jaket keselamatan sebelum beroperasi.

"Pengendali bot penumpang turut diingatkan tidak membawa penumpang melebihi kapasiti yang ditetapkan.

"Orang ramai diminta melaporkan sebarang aduan kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim yang terdekat untuk tindakan segera," katanya.