[VIDEO] Budak 9 tahun cekap kendali 4x4

Iklan
Kemahiran pemanduan luar biasa yang dimiliki Mohammad Mehdi hasil tunjuk ajar datuknya membuatkan ramai terpegun.

QAZVIN - Kebolehan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun mengendalikan pacuan empat roda dikagumi ramai pihak.

Kemahiran pemanduan luar biasa yang dimiliki Mohammad Mehdi Afshar terutama di trek lasak seperti jalan hutan, berbukit, menyeberangi sungai juga membuatkan ramai terpegun, lapor News video.

Iklan
Iklan

"Datuk saya mengajar saya hingga membolehkan saya mahir mengendalikan pacuan empat roda atau kenderaan untuk sukan lasak dan jadi pemandu luar biasa.

"Saya juga berhasrat untuk menyertai kejohanan dunia bagi menunjukkan kebolehan saya," katanya yang kini dibimbing jurulatih Mohammad Hassan Ali Ehsani.

Iklan

Mohammad Mehdi, 9, mahir kendalikan pacuan empat roda. - Foto Twitter RT

Mohammad Hassan berkata, dia mahu mencipta rekod untuk Mohammad Mehdi sebagai pemandu sukan lasak termuda peringkat antarabangsa.

Iklan

"Dunia perlu melihat bakat luar biasa dia mengendalikan sukan lasak yang cukup sinonim dengan orang dewasa," katanya.

Menurut media Iran, Mohammad Mehdi bersama pemandu kedua, Mohammad Taha Ehsani mendaftar nama sebagai pemandu termuda Iran bagi sukan lasak.

Terdahulu, tular di laman sosial paparan video keupayaan Mohammad Mehdi mengendalikan sebuah pacuan empat roda merentasi sungai dan jalan berbukit di Qazvin pada Jumaat lalu.

Video dimuat naik di Twitter RT setakat jam 3 petang meraih hampir 13,000 tontonan.