Maqis gagalkan cubaan seludup 21.4 kg daging wagyu

Iklan
Maqis berjaya menggagalkan cubaan seludup masuk daging wagyu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, pada Jumaat. Foto Maqis

ISKANDAR PUTERI - Tindakan seorang lelaki warga tempatan cuba menyeludup masuk daging wagyu bernilai RM18,800 melalui Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini, berjaya digagalkan pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor berkata, Edie Putra Md Yusof berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an yang memandu kenderaan persendirian ditahan hasil pemeriksaan dilakukan pada jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan menemukan 21.4 kilogram (kg) daging di dalam tiga kotak itu yang diletakkan di bahagian belakang di kereta.

"Barangan itu dianggarkan bernilai RM18,832 dibawa masuk tanpa permit import Maqis serta sijil kesihatan veterinar dan sijil pengesahan halal,di laluan penumpang kenderaan ringan," katanya.

Iklan

Menurut Edie Putra, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import Maqis menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011(Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

"Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi

Iklan

menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan seterusnya memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal," katanya.