Volkswagen berhentikan 35,000 pekerja menjelang 2030

Iklan
Semua 10 kilang Volkswagen di Jerman akan tetap beroperasi buat masa ini, berbeza dengan rancangan asal mengenai penutupan beberapa kilang.

BERLIN - Syarikat automotif gergasi Jerman, Volkswagen dan wakil pekerja pada Jumaat memuktamadkan keputusan perbincangan yang berlangsung selama lima hari mengenai rancangan pemotongan kos besar-besaran melibatkan pemberhentian pekerja atau penutupan kilang, lapor Xinhua.

Volkswagen berkata, lebih daripada 35,000 pekerjaan di Jerman akan ditamatkan"dengan cara yang bertanggungjawab secara sosial menjelang penghujung 2030".

Iklan
Iklan

Namun, pekerja yang masih tinggal akan dijamin keselamatan pekerjaan mereka sehingga tahun itu.

Selain itu, semua 10 kilang Volkswagen di Jerman akan tetap beroperasi buat masa ini, berbeza dengan rancangan asal mengenai penutupan beberapa kilang. Bagaimanapun, dua kilang yang lebih kecil akan menghentikan pengeluaran kereta.

Iklan

Sebagai balasan kepada pelonggaran langkah pemotongan kos syarikat, pekerja akan melepaskan kenaikan gaji sehingga akhir dekad ini, dengan bonus juga akan dipotong.

Syarikat berharap dapat menjimatkan kos buruh tahunan sebanyak 1.5 bilion euro (AS$1.57 bilion) menjelang 2030.

Iklan

"Kami mempunyai tiga keutamaan dalam perundingan: mengurangkan kapasiti berlebihan di Jerman, mengurangkan kos buruh dan mengurangkan kos pembangunan kepada tahap yang kompetitif," kata CEO Volkswagen, Thomas Schaefer sambil menekankan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian yang boleh dilaksanakan untuk ketiga-tiga isu itu.

Syarikat juga merancang untuk mengurangkan kapasiti teknikal di kilang-kilang Jerman sebanyak lebih 700,000 kenderaan.

Perbincangan tawar-menawar kolektif yang sepatutnya hanya berlangsung dua hari pada Isnin dan Selasa itu berlanjutan lebih lama dari jangkaan.

Rundingan yang paling panjang dalam sejarah syarikat itu berlangsung kira-kira 70 jam secara keseluruhan, termasuk beberapa sesi yang berlarutan hingga lewat malam. - Bernama/Xinhua