Tiada tanda harga santan akan turun - Peniaga

Iklan
Santan pekat dijual pada harga RM16 sekilogram manakala santan biasa RM9 sekilogram.

KUANTAN – Harga santan didakwa kekal tinggi selepas kenaikan mendadak pada November lalu dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda untuk turun.

Tinjauan mendapati, santan pekat dijual pada harga RM16 sekilogram manakala santan biasa berharga RM9 sekilogram di pasaran runcit.

Iklan
Iklan

Kelapa parut pula dijual pada harga RM11 sekilogram berbanding RM7 sebelum ini.

Peniaga, Mohd Faisal Norden, 38, berkata, harga santan dijangka kekal tinggi sehingga tahun depan, sekali gus menyebabkan kos modal pembekalan meningkat.

Iklan

"Kalau harga santan sudah naik, susah untuk turun kembali kecuali ada subsidi daripada kerajaan seperti subsidi kelapa.

"Kami bergantung pada pembekal, bila harga modal dah naik, macam mana kita nak turunkan harga?," katanya ketika ditemui Sinar Harian di premis perniagaannya di Bandaraya Kuantan pada Sabtu

Iklan

Mohd Faisal, yang sudah empat tahun berkecimpung dalam perniagaan itu memberitahu, kenaikan harga terbabit memberi kesan besar kepada perniagaan mereka yang bergantung pada bahan asas itu.

Mohd Faisal menunjukkan dua jenis santan dijual di premis perniagaannya.

Tambahnya, meskipun harga tinggi, permintaan terhadap santan masih ada kerana ia tetap menjadi bahan penting dalam penyediaan masakan.

"Bila harga naik, pelanggan ada yang terkejut, tapi mahu tidak mahu, mereka tetap beli sebab santan adalah bahan penting (dalam masakan)," luahnya.

Seorang lagi peniaga, Azizah Kadir, 55, berkata, ini kali pertama sepanjang tempoh 30 tahun berniaga, harga santan dijual naik secara mendadak.

Kataya, sebelum ini pernah ada kenaikan harga santan, namun sekitar 10 sen hingga 20 sen, tetapi ia tidak membebankan.

"Buat masa ini, saya jual santan asli pada harga RM16 sekilogram manakala yang biasa RM8.

"Di tempat lain ada yang jual santan biasa pada harga antara RM9 hingga RM12.50 sekilogram, bagi kelapa parut pula, saya jual RM10 kepada pelanggan," jelasnya.

Ibu kepada tiga anak itu turut menjelaskan, peningkatan harga santan disebabkan peniaga berdepan kesukaran mendapatkan bekalan kelapa tempatan.

"Macam saya ambil kelapa dari pembekal di Johor Bahru dan ia diimport dari Indonesia, jadi harga agak mahal.

"Tapi, saya harap kerajaan akan memberi subsidi kelapa atau melaksanakan kawalan harga," katanya.