MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar, Selasa lalu yang tular di media sosial direman tujuh hari bermula pada Sabtu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Suzana Mokhtar di Mahkamah Majistret Muar terhadap kesemua suspek yang berusia 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.