Malaysia tidak berdepan isu kekurangan bekalan makanan - Mohamad Sabu

Iklan
Mohamad Sabu (tiga dari kiri) merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) di sebuah resort, di Johor Bahru pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bekalan makanan kekal cukup meskipun meskipun beberapa negeri dilanda banjir ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerjasama baik antara negara ASEAN membolehkan bekalan makanan diimport sekali gus tidak berlaku isu kekurangan bekalan di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, ketika ini negara berada di kedudukan kedua di belakang Singapura dari segi keterjaminan makanan merujuk kepada Food and Agriculture Organization (FAO).

"Dalam negara Asia ini, Singapura menduduki tempat pertama dari segi keterjaminan makanan mengikut ukuran United Nations. Kita jatuh nombor dua. Singapura bukan ada apa-apa tanaman mereka.

Iklan

"Di mana dia (Singapura) dapat ayam? Dia labur di Johor, di mana dia dapat padi? Tentulah dia ada kerjasama di Vietnam ataupun Thailand. Mana dia dapat daging dan sebagainya? tentulah ada kerjasama dengan Australia.

"Kita sekarang pun perlu begitu dan tidak boleh lagi bergerak secara silo (komuniti sendiri). Ini kerana sesama negara ASEAN menjalin kerjasama baik," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) di sebuah resort, di sini pada Sabtu.

Hadir sana Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Timbalannya, Dr Dzulkefly Ahmad.

Presiden Amanah itu menambah kerajaan mesti berusaha untuk membuka jelapang ketiga dan keempat iaitu di Sarawak dan di Sabah ke arah menjamin sekuriti makanan

"Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ambil berat isu ini dan memperuntukkan RM500 juta untuk membangunkan saliran bagi fasa pertama ini.

"Premier Sarawak turut memberitahu dalam masa 10 tahun lagi Sarawak mampu mengeksport beras," ujarnya.