Dua beranak hidap penyakit kronik perlu bantuan

Iklan
Suhaimi (kiri) bersama anaknya, Mohd Hafiz.

TEMERLOH - Dua beranak di Kampung Bolok Hulu Lanchang di sini tabah berdepan ujian apabila masing-masing menghidap penyakit kronik.

Suhaimi Abd Rashid, 65, disahkan menghidap kanser usus tahap tiga selepas dikesan pada September tahun lepas.

Iklan
Iklan

Anaknya, Mohd Hafiz Suhaimi, 39, pula menanggung penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu.

Anak kedua daripada enam beradik itu juga menghidap penyakit jarang ditemukan iaitu tiada saluran kencing dan alat kelamin lelaki sejak lahir.

Iklan

Ujar Suhaimi, gejala sakit perut dan tidak boleh buang air besar yang dialami selama seminggu sebelum ini membawa khabar duka buat dirinya.

Suhaimi (kiri) menunjukkan saluran alternatif untuk Mohd Hafiz membuang air kecil.

Iklan

"Selepas melakukan pembedahan pada Mei lepas, saya perlu memakai beg stoma setiap hari selain minum susu khas atas nasihat doktor bagi menjaga kesihatan.

"Kos rawatan pula memang tinggi kerana memerlukan empat kotak besar beg stoma dan empat tin susu khas yang keseluruhan bernilai RM4,000 sebulan tidak termasuk kos rawatan dan berulang alik ke Hospital Temerloh," katanya.

Dengan pendapatan tidak tetap sekadar membantu isterinya berniaga kecil-kecilan, Suhaimi akui sedikit tertekan namun tidak mahu berputus asa dengan situasi tersebut.

Tambahnya, pembedahan seterusnya dijadualkan pada bulan ini di Hospital Temerloh bagi menutup saluran najis dan membuat saluran alternatif.

Dalam pada itu, sebagai bapa, dia juga perlu memikirkan kos rawatan hemodialisis tiga kali seminggu Mohd Hafiz selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak 2013.

"Anak saya telah melalui banyak dugaan besar sejak lahir apabila doktor perlu membuat saluran alternatif kencing untuk membolehkannya membuang air kecil.

Mohd Hafiz menunjukkan tapak saluran darah untuk rawatan hemodialisis yang sudah penuh di lengan kanannya.

"Malah, semasa usia kanak-kanak, penderitaan bertambah apabila dikesan batu karang di bahagian pundi kencing dan menjalani rawatan lebih tiga bulan di Unit Urologi Hospital Kuala Lumpur (HKL)," jelasnya anaknya itu mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

Ujarnya, sejak menjalani rawatan hemodialisis 11 tahun lalu, lengan kanan Mohd Hafiz yang dijadikan tapak saluran darah telah penuh dan tidak boleh digunakan lagi.

Tambahnya, situasi itu menyebabkan doktor telah memindahkan tapak saluran darah untuk proses hemodialisis di bahagian paha kanannya namun Mohd Hafiz tidak selesa kerana sakit ketika berjalan, selain berisiko jangkitan kuman.

"Dia (Mohd Hafiz) perlu menukar tapak saluran darah ke lengan kiri untuk proses hemodialisis dan memerlukan kos kira-kira RM5,000 di klinik swasta di Johor," katanya lagi.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga ini boleh menghubungi Suhaimi di talian 0189079120 atau boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 106052148480 atas nama Suhaimi AbdRashid atau Bank Simpanan Nasional, 0640041000112844 atas nama Mohd Hafiz Suhaimi.