Kelantan Red Warriors ganti The Red Warriors

Iklan
Kelantan Red Warriors (KRW) FC yang baru ditubuhkan tujuh hari lalu bersedia menggantikan The Red Warriors (TRW) FC yang telah terkubur daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

KELANTAN Red Warriors (KRW) FC yang baru ditubuhkan tujuh hari lalu bersedia menggantikan The Red Warriors (TRW) FC yang telah terkubur daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

Presiden KRW FC, Nik Hafiz Nik Naim berkata, proses mempersiapkan pasukan itu dijangka akan bermula sepenuhnya pada Januari.

Iklan
Iklan

"Bulan ini (Disember) kita beri tumpuan kepada pelancaran dan pengenalan pasukan. Selepas ini, kita akan fokus kepada persiapan," katanya semasa sidang akhbar pelancaran KRW FC di sini pada Sabtu.

Nik Hafiz (kiri) dan Afandi semasa pelancaran KRW FC di Kota Bharu pada Sabtu.

Hadir sama ialah, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah.

Iklan

Menurut beliau, ketika ini KRW sudah mengemukan proses untuk bersaing di Liga A1 Semi-Pro musim hadapan.

Ujarnya, KRW FC dibentuk hasil sokongan pelabur-pelabur TRW FC yang mahu melihat pasukan Kelantan kembali bersaing dalam kancah Liga M pada masa hadapan.

Iklan

Nik Hafiz memberitahu, sebagai peminat tegar TRW FC dan pemegang saham kedua terbesar, beliau tidak boleh lari daripada mengambil identiti asal pasukan berkenaan.

Tambahnya, beliau memerlukan perbelanjaan sebanyak RM2 juta untuk menggerakkan KRW FC dalam persaingan di Liga AI Semi-Pro nanti.

Sebahagian daripada mereka yang hadir pada pelancaran KRW FC di Kota Bharu pada Sabtu.

"Dengan nilai perbelanjaan itu, kita berharap mampu membawa masuk pemain bintang bagi memperkuatkan KRW FC," katanya.

Menurut Nik Hafiz, dana tersebut melibatkan para pelabur selain berusaha mendapatkan tajaan.

"Kita akan belanja secara berhemah bagi memastikan kantung kewangan pasukan tidak terjejas," katanya.