‘Terima kasih PMX, satu pengakuan berani' - Dr Akmal Saleh

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Anwar Ibrahim berhubung kes Rosmah Mansor. (Gambar kecil: Dr Muhammad Akmal)

SHAH ALAM -"Terima kasih PMX,” kata Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh.

Beliau memuji kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersuara berhubung kes mahkamah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Iklan
Iklan

"Satu pengakuan yang berani. Jadi segala tohmahan terhadap Rosmah dulu hanyalah sekadar fitnah jahat mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), apabila beliau dilepaskan daripada segala pertuduhan yang dihadapi olehnya beberapa hari lepas.

"Cincin Rosmah itu, Rosmah ini, semuanya ALLAH SWT telah tunjukkan kebenarannya hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Anwar sekali lagi menafikan pembabitannya dalam kes mahkamah melibatkan Rosmah.

Iklan

Beliau sebaliknya menyatakan bahawa beberapa pendakwaan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu terburu-buru sehingga banyak ‘kecacatan’.

Dalam pada itu, Muhammad Akmal turut menitipkan rasa simpati terhadap keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak yang menanggung semua tuduhan liar dilemparkan.