Kebakaran di dewan Parlimen Korea Selatan, hampir 500 orang dipindahkan

Iklan
Hampir 500 orang dipindahkan susulan kebakaran yang berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu. - Foto: Agensi

SEOUL - Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada 11.52 pagi waktu tempatan di dewan resepsi kompleks Parlimen di Yeouido, yang turut menempatkan bilik media dan dewan perkahwinan.

Iklan
Iklan

Sekitar 480 orang termasuk wartawan dan tetamu majlis perkahwinan dipindahkan, menurut bomba.

Daripada jumlah itu, enam orang menerima rawatan kerana terhidu asap, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Iklan
Iklan

Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar 1 tengah hari dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama