Rosmah bebas dan lepas: Keputusan mahkamah berdasarkan fakta, bukti

Iklan
Ismail Sabri ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia di LMP Lumi Tropicana pada Sabtu.

PETALING JAYA - Orang ramai diminta menghormati keputusan mahkamah membebas dan melepaskan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan keputusan berhubung 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Iklan
Iklan

Ujar beliau, meskipun terdapat pihak yang kurang berpuas hati mengenainya namun, keputusan mahkamah selaku badan kehakiman bebas di negara ini tidak sepatutnya dipertikai.

"Rosmah menang kes itu, jadi kita terimalah keputusan mahkamah. Ada masa kita terima dan ada masa tidak terima," katanya ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia di LMP Lumi Tropicana pada Sabtu.

Iklan

Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan pada Jumaat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Iklan

Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar berkata, notis rayuan telah difailkan oleh Pendakwa Raya terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut untuk diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.