Pemuda maut tersepit bawah kereta

Iklan
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas tersepit di bawah kereta. Foto JBPM

KOTA BHARU - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah lagi motosikal lain dan kereta di Dewan Beta, di sini pada Sabtu.

Kejadian itu menyaksikan mangsa, Muhammad Afiq Zakwan Mohd Arif, 21, maut di lokasi kejadian selepas tersepit di bawah kereta.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, seorang wanita berusia 58 yang merupakan penunggang motosikal cedera ringan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Pegawai Bomba Kanan II Azhar Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah hari.

Iklan

Dengan kekuatan enam anggota, JBPM melakukan operasi mengeluarkan pemuda terbabit yang tersepit di bawah kereta menggunakan peralatan khas. Foto JBPM

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City dan dua buah motosikal.

Iklan

"Dengan kekuatan enam anggota, kami melakukan operasi mengeluarkan pemuda terbabit yang tersepit di bawah kereta menggunakan peralatan khas," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa 27 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Foto JBPM

Ujarnya, mayat lelaki terbabit diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.