PM bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara

Iklan
Anwar bergambar selepas menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama pengamal media tempatan dan luar negara, bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara yang berkaitan dasar kerajaan serta pelbagai isu semasa dan masa depan Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata, sesi itu penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri berkata media adalah watak penting dalam memberikan kritikan, teguran, pandangan, ulasan dan pencerahan dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.

"Moga sesi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak agar hala tuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya,” menurut hantaran itu.

Iklan

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan. - Bernama

Iklan