Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman mengenai suspek insiden Magdeburg

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung insiden rempuhan pasar Krismas.

MAGDEBURG - Arab Saudi pernah memberi amaran kepada Jerman mengenai lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden di pasar Krismas Magdeburg, menurut sumber keselamatan Arab Saudi, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Arab Saudi juga telah meminta ekstradisi suspek yang dikenali sebagai Taleb A. di bawah undang-undang Jerman, tetapi Jerman tidak memberi sebarang maklum balas, kata sumber itu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, suspek seorang penganut Syiah yang berasal dari bandar Al-Hofuf di timur Arab Saudi.

Pihak berkuasa Jerman telah dimaklumkan mengenai lelaki itu kira-kira setahun lepas, menurut laporan dpa. Bagaimanapun, sifat amaran berkenaan pada masa ini tidak diketahui. - Bernama

Iklan
Iklan