Kerajaan digesa laksana tiga langkah termasuk kekalkan skim mySalam

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung pengumuman langkah BNM kurangkan beban kenaikan bayaran premium insurans. Gambar kecil: Chean Chung

SHAH ALAM - Kerajaan digesa melaksanakan tiga langkah susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kenaikan pembayaran premium termasuk mengekalkan skim mySalam sebagai insurans kesihatan nasional yang menyeluruh.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, selain itu, kerajaan disyorkan agar melakukan semakan tahunan terhadap keadaan ekonomi semasa dan gesaan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempercepatkan kajian mengenai keberkesanan penggunaan model diagnosis (DRG) kebangsaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, skop penerima manfaat skim mySalam itu perlu diperluaskan daripada kumpulan B40 kepada M40.

"Langkah ini dapat membantu rakyat, khususnya golongan M40, yang mungkin tidak mampu menanggung kos premium insurans komersial tetapi masih memerlukan perlindungan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

BNM pada Jumaat memaklumkan pihaknya melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium.

Menurutnya, syarikat insurans akan memanjangkan tempoh perubahan premium untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.

Iklan

Dalam pada itu, Chean Chung berkata, sebagai wakil rakyat, beliau akan terus memperjuangkan isu berkaitan kesejahteraan rakyat termasuk akses kepada perkhidmatan kesihatan yang adil dan mampu milik.

Tambahnya, cadangan semakan tahunan berkenaan juga perlu dilaksanakan sebelum membenarkan syarikat insurans menaikkan kadar premium.

"Ia penting bagi memastikan rakyat tidak tertekan dengan kenaikan kos perubatan yang membebankan kewangan mereka," katanya.