Nigeria: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam insiden rempuhan di gereja

Iklan
Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan semasa pengagihan barangan bantuan di sebuah gereja tempatan di daerah Maitama, Abuja, ibu negara Nigeria pada Sabtu - Foto: Agensi

ABUJA - Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan semasa pengagihan barangan bantuan di sebuah gereja tempatan di daerah Maitama, Abuja, ibu negara Nigeria, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Seorang pegawai gereja berkata, sejumlah individu turut cedera apabila pengagihan barangan bantuan, termasuk makanan dan pakaian menjelang sambutan Krismas, bertukar menjadi huru-hara pada pagi Sabtu di Gereja Katolik Holy Trinity di Maitama.

Iklan
Iklan

Jurucakap Sekretariat Katolik Nigeria Padre Mike Nsikak Umoh berkata, acara itu menarik lebih 3,000 orang dari kampung berdekatan dan kawasan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, berikutan 'insiden tragis' itu, pengagihan bantuan dihentikan.

Iklan

Sementara itu, pasukan keselamatan termasuk polis rahsia dan anggota tentera dikerahkan untuk mengawal keadaan, menyuraikan orang ramai dan memastikan kawasan kejadian selamat.

Setakat ini, kerajaan mahupun agensi keselamatan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung tragedi itu. - Bernama

Iklan