RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kemalangan jalan raya di tenggara Brazil pada Sabtu, menurut jabatan bomba, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku pada awal pagi di kawasan perbandaran Teofilo Otoni dalam negeri Minas Gerais, Brazil.
Iklan
Iklan
Menurut pihak berkuasa, pemandu bas dipercayai hilang kawalan selepas tayar kenderaan itu pecah. Bas itu kemudiannya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Sejurus kemudian, sebuah kereta yang berada di belakang bas itu turut merempuhnya. Perlanggaran itu mencetuskan kebakaran yang memusnahkan bas berkenaan.
Jumlah mangsa yang cedera masih belum diketahui. - Bernama