Thaksin, Anwar dan ASEAN 2025
Iklan
MALAYSIA memulakan persediaan Kepengerusian ASEAN 2025 dengan langkah tempang apabila mengumumkan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai bekas Perdana Menteri yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan penyelewengan, Anwar mengambil risiko agak besar memperjudikan imej perjuangan beliau yang berlegar di sekitar anti rasuah, anti kronisme dan pejuang hak asasi manusia. Rekod Thaksin bertentangan sama sekali dengan imej dibawa Anwar sejak berpuluh tahun lalu.