KOTA BHARU - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 930 liter petrol dalam tiga serbuan berasingan di Rantau Panjang, Jeli dan Tumpat dekat sini.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam serbuan pada Sabtu, pihaknya berjaya merampas 150 liter petrol di pangkalan haram Rozi, Kampung Terusan, Rantau Panjang pada jam 8.15 pagi.
"Semasa melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan, sepasukan anggota Batalion 9 PGA Kuala Terengganu telah ternampak beberapa tong di kawasan pangkalan haram tersebut.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai 150 liter minyak petrol bernilai RM307.50 yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, pada Jumaat Batalion 9 sekali lagi berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak petrol selepas menyerbu sebuah stesen di Batu Melintang, Jeli.
Ujarnya, semasa serbuan dilakukan pemilik kereta jenis Proton Wira bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota PGA.
"Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 600 liter minyak petrol bernilai RM1,230 di Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, PGA, serbuan, Rantau Panjang, Jeli, Tumpat, menyeludup, petrol, 930 liter, rampasan, pangkalan haram, Rozi, Kampung Terusan, Op Taring Wawasan, Batalion 9, Kuala Terengganu, Thailand, RM307.50, RM1,230, Proton Wira, Pengkalan Chepa, Kertas, Akta Kawalan Bekalan 1961, dan.lam kereta berkenaan yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand," katanya.
Nik Ros Azhan memberitahu, sekitar jam 7.45 malam Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa telah menjumpai beberapa tong berisi minyak di kawasan pangkalan haram Kertas, Tumpat semasa membuat rondaan.
Ujar beliau, hasil pemeriksaan mendapati tong itu mengandungi lebih 180 liter minyak petrol bernilai RM369 dan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Tambahnya, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961