Pemfitnah UMNO perlu mohon maaf

Iklan
Gulam Muszaffar

KUALA LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa banyak kes pendakwaan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai cacat serta bermotif dendam disifatkan sebagai pandangan ikhlas dan jujur.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar mengingatkan bahawa Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah merupakan sebahagian daripada kerajaan ketika itu.

Iklan
Iklan

"Adakah masa itu hanya berdiam diri, menutup telinga dan mata atas kepincangan yang dilakukan atau setuju?

"Kenapa bila bab Batu Puteh, boleh pula buat kenyataan bersama dengan mengatakan mereka tidak terbabit dalam keputusan Kabinet yang dibuat oleh PM7 (Dr Mahathir)," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata, ramai pemimpin utama parti itu menjadi sasaran ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Masih ingat ketika kempen PRU14, teruk pemimpin utama UMNO terutamanya Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi direjam kuat dengan batu-batu fitnah hingga tumbang kerajaan BN.

Iklan

"Pendakwaan politik dan terpilih dilakukan atas sifat dendam kesumat," katanya.

Justeru, beliau mahu pemimpin-pemimpin yang pernah memfitnah untuk memohon maaf kepada pemimpin UMNO.

"Pada Sabtu, Anwar berani nyatakan kebenaran kenapa tidak kepada mereka yang pernah memfitnah UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO untuk memohon kemaafan.

"Jika tidak berani lakukan, betullah orang kata 'Kerja fitnah adalah bagi orang-orang yang pengecut'," katanya.