Covid-19: Pengusaha hotel Langkawi tawar diskaun hingga 70 peratus

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

LANGKAWI - Pengusaha hotel di pulau peranginan bebas cukai ini bersetuju menurunkan harga bilik 30 hingga 70 peratus bagi menarik kembali kehadiran pelancong susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah/Perlis Razmi Rahmat berkata, langkah itu dilaksanakan 45 pengusaha hotel di bawah naungan persatuan itu bagi mengurangkan impak daripada kemerosotan kedatangan pelancong serta pembatalan tempahan hotel oleh pelancong China dan rakyat tempatan.

Iklan
Iklan

Tawaran diskaun itu bermula sejak jangkitan Covid-19 hingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Orang ramai boleh memeriksa dalam talian di laman sesawang atau media sosial hotel terlibat. Tawaran diberikan oleh hotel tiga bintang ke atas.

Iklan

"Sebagai contoh hotel tiga bintang ada tawaran menarik bermula RM150 hingga RM200 tak lebih daripada RM250 semalam, sebelum ini kalau nak dapat hotel tiga bintang pada harga RM150 jarang, sekarang ini ada tawaran istimewa," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razmi menegaskan Langkawi selamat untuk dikunjungi dan seharusnya orang ramai mengambil peluang diskaun yang ditawarkan untuk datang bercuti ke pulau ini.

Iklan

"Keadaan di Langkawi selamat, masalah berlaku bila ada pemberita tidak bertauliah di media sosial takutkan orang ramai mengakibatkan pelancong tidak datang.

"Langkawi baru selesai menganjurkan Le Tour de Langkawi 2020 ini memberi isyarat pulau ini selamat untuk dikunjungi," katanya. - Bernama