Jet pejuang Tentera Laut AS terkena insiden 'tembakan sendiri' di Laut Merah

Iklan
Dua juruterbang Tentera Laut AS terselamat selepas melenting keluar dari jet pejuang F/A-18 yang ditembak jatuh di Laut Merah, dipercayai akibat insiden ‘tembakan sendiri’. Gambar hiasan

ISTANBUL - Dua juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terselamat selepas melenting keluar dari jet pejuang F/A-18 yang ditembak jatuh di Laut Merah, dipercayai akibat insiden ‘tembakan sendiri’, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kedua-dua juruterbang selamat, dengan hanya seorang mengalami kecederaan ringan, menurut kenyataan Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM).

Iklan
Iklan

"Kapal penjelajah peluru berpandu USS Gettysburg, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Serangan Kapal Induk USS Harry S. Truman, secara tidak sengaja melepaskan tembakan dan terkena F/A-18,” menurut CENTCOM.

Jet pejuang itu beroperasi dari kapal pengangkut pesawat Truman.

Iklan

Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu. - Bernama-AA

Iklan