Ditipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah

Iklan
Seorang pemilik restoran nasi kerabu terkenal di sini kerugian lebih RM13,000 dipercayai ditipu oleh seoang lelaki yang menyamar sebagai 'pegawai kerajaan' sehingga makanan yang ditempah terpaksa disedekahkan kepada orang ramai. - Foto:LapaDooh

KOTA BHARU - Seorang pemilik restoran nasi kerabu terkenal di sini kerugian lebih RM13,000 dipercayai ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai 'pegawai kerajaan' sehingga makanan yang ditempah terpaksa disedekahkan kepada orang ramai.

Kerugian terbabit melibatkan kos bahan mentah untuk membuat nasi kerabu seperti sayuran, ayam, kambing serta pembelian cenderamata bagi tempahan 100 individu serta khemah.

Iklan
Iklan

Menceritakan semula kejadian itu, pemilik LapaDooh, Nik Roslina Raja Ismail berkata, pihaknya menerima tempahan melalui telefon pada 11 Disember daripada seorang lelaki dianggarkan berusia 30-an.

"Dia ingin mengadakan majlis pada jam 8 malam, 15 Disember. Selain menempah makanan seperti nasi kerabu, kuih muih untuk 100 orang, dia juga meminta kami menyediakan cenderamata.

Iklan

"Tetapi cenderamata itu perlu dibeli melalui pembekal yang dicadangkan olehnya. Di situlah, saya mengesan sesuatu yang tidak kena," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurut beliau yang hampir tiga tahun membuka restoran itu, pada hari kejadian sebelum beberapa jam majlis akan diadakan, suaminya telah ke pejabat kerajaan yang dimaksudkan dan menunjukkan surat rasmi yang diberikan oleh pegawai kerajaan terbabit.

Iklan

Ujarnya, mereka terkejut selepas diberitahu logo yang terdapat pada surat terbabit adalah logo lama.

Khemah telah siap dipasang dan hanya beberapa jam majlis akan berlangsung sebelum Nik Roslina menyedari beliau menjadi mangsa scammer.

Nik Roslina memberitahu, menyedari ditipu akhirnya majlis tersebut tidak berlangsung dan makanan yang disediakan seperti kuih muih terpaksa disedekahkan kepada orang ramai.

Katanya, susulan itu beliau telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu luahan Nik Roslina itu tular di aplikasi TikTok yang mengundang simpati orang ramai berhubung kejadian tersebut.