Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut

Iklan
Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang.

MUGLA - Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.

Dua juruterbang, seorang doktor dan seorang petugas kesihatan maut apabila helikopter yang dinaiki terhempas di bangunan Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese, Mugla, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Pasukan bomba, petugas kesihatan, polis serta Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dikerahkan ke lokasi kejadian.

Akbiyik berkata, punca nahas sedang disiasat.

Iklan

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengesahkan bahawa tiada kerosakan di dalam hospital berkenaan. - Bernama-AA

Iklan