GUA MUSANG - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan yakin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melepaskan jawatan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, tiada masalah untuk Dr Mahathir mengotakan janji namun perlu mengambil kira keputusan Parlimen.
Iklan
Iklan
"Dr Mahathir akan melepaskan jawatan, tak akan pegang sampai bila-bila namun kena lihat juga di mana punca kuasa. Untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, kena dapatkan majoriti sokongan Parlimen.
"Tidak kisah siapa sekiranya tak dapat sokongan Parlimen ia tidak akan jadi. Dalam Perlembagaan Persekutuan, ahli Parlimen boleh jadi Perdana Menteri jika dapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
"Hanya Parlimen yang tentukan," katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) 2020 di Dewan Komuniti Kesedar hari ini.