IPOH - Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.